Teknik DIY Siraman pokok


Dengan membuat sendiri set diy siraman pokok secara automatik ini mampu membantu anda mengekalkan kelembapan tanah. Selamat mencuba!
Pengairan titisan adalah salah satu kaedah yang kos efektif dalam menyiram tanaman anda . Melalui rangkaian paip murah beserta tiub , pengairan titisan ini membolehkan air untuk menitis perlahan-lahan terus ke akar tumbuh-tumbuhan, tanpa sebarang pembaziran air yang selalu berlaku dalam kaedah penyiraman yang biasa kita lakukan.
Pengairan titisan membolehkan bekalan air secukupnya dihantar ke tanaman anda dalam tempoh masa tertentu, jadi anda tidak perlu bimbang untuk mengurus tumbuh-tumbuhan kering atau layu semasa musim panas.
Dengan menggunakan botol plastik serta beberapa barang-barang terpakai yang ada di rumah, anda boleh melakukan sistem pengairan titisan sendiri untuk mengairi pokok-pokok yang sentiasa berpanas di luar rumah anda. Begitu pun, ada juga sistem yang digunakan dalam amalan komersial iaitu sistem fertigasi yang mempunyai konsep yang sama dengan pengairan titisan ini.

Selain itu, dengan membuat sistem pengairan titisan anda sendiri yang kos sebenarnya sangat murah, anda juga berkempen dalam memelihara alam sekitar dan menggalakkan amalan kitar semula juga. Pelbagai jenis pokok hiasan mahupun sayuran boleh mengaplikasikan teknik ini.
Bahan-bahan yang diperlukan:
  1. Botol plastik 1.5L beserta penutup
  2. Paku tekan
  3. Paku
  4. Penukul
  5. Pisau
 Langkah-langkah:




Tebuk Penutup Botol

  1. Tebuk 4 hingga 5 lubang pada penutup botol dengan menggunakan paku tekan dahulu. Kemudian, gunakan paku dan penukul untuk membuat lubang yang lebih besar. Tutup semula penutup pada botol.
    • Jumlah lubang pada penutup bergantung kepada kelajuan air yang anda mahu. Lebih banyak lubang pada penutup, lebih laju air yang mengalir.
    • Saiz lubang mempengaruhi kelajuan air. Lubang yang kecil akan membuatkan air mengalir dengan perlahan. Pastikan lubang tidak terlalu kecil supaya kotoran tidak tersumbat dan menghalang pengaliran air.




Potong Bahagian Bawah Botol
Potong Bahagian Bawah Botol

  1. Potong bahagian bawah botol (lebih kurang 1inci dari bawah) dengan menggunakan pisau yang tajam. Ini bagi memudahkan pengisian semula air.




Tanam & Mampatkan
Tanam & Mampatkan

  1. Gali lubang berhampiran pokok dengan kedalaman 1/3 atau 1/2 daripada ketinggian botol. Masukkan botol ke dalam lubang dengan bahagian penutup berada di posisi bawah. Mampatkan tanah di sekeliling botol. Letakkan batu-batu kecil di sekeliling botol untuk mengelakkan tanah masuk ke dalam botol.




Isi Air Dalam Botol
Isi Air Dalam Botol

  1. Isi air ke dalam botol. Biarkan pengairan titis yang menggantikan kerja anda untuk menyiram pokok.

Cara Menanam Sayuran Hidroponik Dari Botol Plastik

Cara Menanam Sayuran Hidroponik - 

Budaya hidroponik memang termasuk salah satu solusi bertanam yang mudah untuk dipraktikkan oleh siapa saja, termasuk ibu rumah tangga. Mudah karena kita tidak perlu mengotori tangan dengan tanah, menyiram tanaman secara manual, atau berpanas-panasan di bawah terik matahari.

Cara Menanam Sayuran Hidroponik
Untuk membuat hidroponik, kita boleh memanfaatkan benda-benda di sekitar. Salah satunya adalah botol bekas air mineral. Persiapan membuat hidroponik botol air mineral pun tidaklah rumit. Cukup siapkan botol air mineral ukuran 1 liter, media tanam (rockwool atau floral foam), sumbu flanel, gunting, cutter, dan paku untuk melubangi botol air mineral.

Sedangkan untuk pengairan hidroponik botol air mineral boleh dilakukan dengan sistem rakit apung dan sumbu.

berikut adalah langkah-langkah merakit hidroponik botol air mineral.
  1.  Potong botol bekas air mineral menjadi dua bagian menggunakan gunting atau cutter.
  2.  Panaskan paku, lalu buat beberapa lubang berdiameter 1 cm di potongan botol bagian atas maupun bawah untuk aerasi. Namun, jika pemberian nutrisi menggunakan sistem sumbu, biarkan tutup botol tetap di tempatnya, kemudian buat lubang tepat di tengah-tengah tutup botol untuk memasukkan sumbu flanel.
  3. Jika pemberian nutrisi menggunakan sistem apung, buka tutup botol sehingga akar menembus media tanam lalu berkembang di permukaan larutan nutrisi.
  4. Masukkan potongan botol bagian atas ke potongan botol bagian bawah yang sudah diisi larutan nutrisi.
  5. Masukkan media tanam ke dalam potongan botol bagian atas.

 Ikuti saja ilustrasi membuat hidroponik di bawah ini.


Cara Menanam Sayuran Hidroponik
   





Kini, Anda dah boleh start lakukannnya dirumah